
Sesetengah pesakit psoriasis berasa kurang selesa dengan keadaan penyakit ini meskipun tiada penawar, psoriasis masih boleh dikawal dengan kepatuhan terhadap penggunaan ubat-ubatan.
.
.
Pesakit perlu mengenalpasti dan mengelak faktor-faktor yang menerukkan keadaan psoriasis. Berjumpalah ahli dermatologi untuk membantu memilih rawatan yang sesuai untuk mengawal psoriasis anda.
.
.
Meskipun masih tiada cara yang berkesan untuk sembuh dari psoriasis, masih terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis.
.
.
******************************************************************************************************************************88
7 tips untuk mengawal simptom psoriasis ringan yang boleh di buat hanya dari rumah:-
1 – Ambil Suplemen Kesihatan
Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO dikenalpasti antara yang boleh meredakan simptom ringan psoriasis menurut National Psoriasis Foundation.
.
Namun perlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan bagi mengelak kesan awal psoriasis menjadi lebih buruk. Ia bergantung kepada tindakbalas penerimaan individu.
2 – Elak kulit jadi kering
Gunakan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah. Ia boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang boleh menyebabkan kulit kering.
.
Penggunaan krim pelembab untuk kulit sensitif atau moisturizer juga baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak (kulit tebal, bersisik atau berkeruping).
.
Minyak zaitun dan minyak kelapa juga baik untuk kulit. Boleh jadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama. Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk kulit.
3 – Elakkan bahan pewangi
Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi mengandungi dye atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit.
.
Memang untuk mewangikan badan tetapi pada masa sama juga menyebabkan simptom psoriasis menjadi lebih teruk. Elak gunakan pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.
4 – Jaga pemakanan
Fahami situasi alahan kulit anda. Elakkan daging merah dan snek berlemak atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus psoriasis.
.
Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mmengurangkan keradangan.
5 – Mandi air suam
Mandian hangat air suam herba dan sebagainya boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit. Gunakan pelembab kulit selepas mandi boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.
6 – Kawal stress
Menahan diri dari kegatalan atau tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress. Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi.
7 – Lebih baik jumpa pakar dulu
Rujuk dan berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi terlebih dahulu adalah lebih baik. Biar mereka mendiagnosis masalah psoriasis dengan lebih teliti sebelum anda bertindak untuk menanganinya sendiri ketika di rumah.
#klinikpermatapontian
#taknakmeninggalmengejut
#taknakdadah
#taknakdialisis